Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditubuhkan pada 2002 sebagai satu tribunal tetap untuk membicarakan kes pembasmian kaum, jenayah hak asasi manusia, jenayah perang, jenayah kekerasan dan sebagainya. Mahkamah ini bermula pada 1 Julai 2002 apabila perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa mula berkuatkuasa.[1]Pejabat rasmi mahkamah ialah di The Hague, Belanda tetapi perbicaraan boleh diadakan di mana-mana lokasi jika difikirkan perlu, cekap, cepat dan selamat.[2] Mahkamah ini berbeza dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa / mahkamah dunia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan pertikaian / krisis antara dua negara.Setakat Februari 2012, 120 negara telah menjadi ahli / mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Sebanyak 32 negara belum menandatangani Statut Rome, termasuklah China, India dan Amerika Syarikat kerana banyak mengkritik kelemahan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini yang tidak memenuhi citarasa dan keperluan mereka.Sehingga kini, mahkamah ini telah memulakan tujuh siasatan berhubung situasi di Afrika: Utara Uganda, Konflik Darfur, Republik Demokratik Congo, Republik Afrika Tengah, Republik Kenya, Libya dan Côte d'Ivoire.Setakat Mac 2012, perbicaraan Lubanga berkaitan situasi di RD Congo telah berakhir dengan tertuduh didapati bersalah pada 14 Mac 2012. Ia merupakan keputusan pertama mahkamah ini sejak ia ditubuhkan.[3] Hukuman dan pampasan akan dibincangkan kemudian.